Thursday, March 17, 2011


Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak..

"Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini kedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya

masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2."

Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu. Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2 muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya. "Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu tunjukkan sebentar tadi??"

Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,

UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...MINUMLAH ARAK...

Moral daripada cerita ini adalah......kanak-kanak itu mudah sekali akan terpengaruh dengan apa yang terjadi di sekeliling mereka,mereka akan mudah menerima apa saja yang berlaku di depan mata tanpa memikirkan baik buruk sesuatu perkara itu .Mereka perlukan bimbingan orang dewasa supaya tidak tersasar dari jalan hidup mereka,pepatah melayu ada melentur buluh biarlah daripada rebungnya,pada peringkat kanak-kanak inilah mereka perlu diajar mana baik buruk sesuatu perkara agar apabila mereka dewasa kelak tidak terlibat dengan gejala-gejala yang merosakkan.Kekuatan iman itu amat perlu supaya mereka tidak mudah lemah apabila menghadapi ujian serta dugaan dari Allah.Faktor persekitran juga turut menymbang kepada pembentukan syahsiah dan jati diri seseorang insan.ini kerana pada peringkat kanak-kanak perasaan ingin mencuba itu akan hadir di dalam diri mereka.

No comments:

Post a Comment