Saturday, March 19, 2011


Jangan terlalu baik, saya akan merindui awak. Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai awak. Jangan jadi terlalu 'sweet? saya mungkin jatuh hati kepada awak. Seseorang yang membuatkan awak jatuh hati padanya sebenarnya menyayangi awak lebih daripada awak menyayangi dia.

Jika seseorang yang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada hidup kamu, tetapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih...terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurannya dia pernah membahagiakan kamu. Masa akan menentukan segala-galanya. Jika dia ditakdirkan bersama kamu, dia akan kembali. Kembali pada kamu.

Penyesalan terbesar dalam hidup ialah apabila risiko yang tidak kita ambil. Jika anda merasakan sesuatu itu tidak akan membuatkan anda bahagia, maka teruskan. Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali, mungkin tiada peluang kedua. Bererti masa tidak menunggu kita. Jika anda merasakan anda telah bertemu dengan orang yang sesuai, maka hargailah dia, jangan biarkan ia berlalu begitu sahaja. Jangan tertangguh kerana takut kelak jika dibiarkan berlalu maka anda akan menyesal sebgitu sahaja.

Tiada sesiapa pun yang simpati kepada orang yang sengaja membiarkan peluang pergi begitu sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkannya atau mempertahankan. Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang hampir atau menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan kita.

Terdapat bintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatian anda. Dari kalangan yang anda pilih untuk diabaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau di mana anda berada. Ini bermakna orang yang bersama anda ketika ini mungkin bukanlah orang yang benar-benar anda sayangi dan pada masa yang lain ada orang yang tahu dia tidak bersama kamu ketika ini tetapi masih menyayangi kamu sepenuh hatinya.

Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda akan kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takut risiko atau cabaran yang bakal mendatang. Jangan putus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya, anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayangi selamanya.

Jangan takut untuk meluahkan isi hati anda kepada orang yang anda sayangi dan cintai. Beritahu mereka dan biarkan mereka buat keputusan di pihak mereka. Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya mereka kepada anda. Anda akan rasa lebih yakin dan puas. Malah, anda juga

kan

rasa bangga terhadap diri anda kerana telah menunaikan tanggungjawab anda terhadap perasaan dan hati anda. Jangan sesekali mengkhianati hati anda kerana akibatnya hanya anda yang sengsara, bukan orang lain.

Salah satu cabaran yang paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri anda, tetapi ia masih sanggup menyayangi anda dengan sepenuh hatinya. Cinta itu adalah berasaskan tolak ansur dan pengorbanan. Jika dia tahu kelemahan dan kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka anda adalah orang yang paling bertuah kerana ada seseorang yang mencintai anda seadanya anda. Mencintai dan dicintai perlukan keberanian. Keberanian untuk terus mengekalkan rasa cintai itu. Seterusnya diikuti dengan perasaan keikhlasan untuk menerima orang yang kita cintai seada mereka walaupun dari hari ke sehari manusia sentiasa berubah

Thursday, March 17, 2011


Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak..

"Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini kedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya

masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2."

Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu. Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2 muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya. "Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu tunjukkan sebentar tadi??"

Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,

UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...MINUMLAH ARAK...

Moral daripada cerita ini adalah......kanak-kanak itu mudah sekali akan terpengaruh dengan apa yang terjadi di sekeliling mereka,mereka akan mudah menerima apa saja yang berlaku di depan mata tanpa memikirkan baik buruk sesuatu perkara itu .Mereka perlukan bimbingan orang dewasa supaya tidak tersasar dari jalan hidup mereka,pepatah melayu ada melentur buluh biarlah daripada rebungnya,pada peringkat kanak-kanak inilah mereka perlu diajar mana baik buruk sesuatu perkara agar apabila mereka dewasa kelak tidak terlibat dengan gejala-gejala yang merosakkan.Kekuatan iman itu amat perlu supaya mereka tidak mudah lemah apabila menghadapi ujian serta dugaan dari Allah.Faktor persekitran juga turut menymbang kepada pembentukan syahsiah dan jati diri seseorang insan.ini kerana pada peringkat kanak-kanak perasaan ingin mencuba itu akan hadir di dalam diri mereka.

Wednesday, March 16, 2011

Sekian lama ku tercari blog ini kembli akhirnya ku temu jua ia......di kesempatan yang ada ini nk minta maaf la kepada semua kwan2 kalau aku ada salah dan silap yer,sebab apa sejak dua menjak ni banyak jer perkara yang x berapa elok menimpa aku,bnyak keinginan dan kemahuan tidak tercapai....jadi jadi untuk menenangkan hati lalu aku mebewa diri ini untuk bertamu dengan seseorang yang boleh ku kira tinggi lah martabat ilmunya mungkin juga seseorang yang sangat terpelihara akhlaqnya dan hampi kepada ALLAH.Tujuan aku aku bejumpa dengan insan ini tidak lain tidak bukan hanyalah untuk meminta pendapat beliau apakah yang sepatutnya yang perlu aku lakukan untuk elakkan semua ini. Ada beberapa nasihat yang belaiu berikan supaya menjadi panduan.......

1.Sucikan hati dengan zikrullah,nasihatnya kepada ku jika solat itu adalah tiang kepada agama,maka zikir itu adalah tapak ataupun boleh dikatakan cerucuk kepada tiang itu.kenapa? tanpa tapak yang teguh mana mungkin kita dapat mendirikan sebuah tiang yang akan kekal utuh!!

2.Selalulah bangun untuk berqiyamullail.kerana apa di wktu tersebut banyak rahmat Allah yang akan diturunkan kepada hamba-hambanya yang berjaga malam. Jika dilihat pada hari ini ramai diantara kita yang berjaga malam tpi tidak terdetik pun pun di dalam hati ini intuk bertahajud kepada ALLAH.Sesungguhnya di dalam setiap sujud kita kepada ALLAH ada keberkatan dan wujudnya kasih sayng ALLAH kepada setiap hamba-hambanya

3.Banyakkan membaca Al-Quran serta tafsirannya kenapa? kerana di dalam Al-Quran itu banyak kisah serta hukuman ,suruhan dan larangan Allah kepada hamba-hambanya

4.Cubalah memaafkan kesalahan orang-orang lain dan tamatkan sengketa diantara kawan-kwan.Hilangkan sifat hasad dengki serta dendam,dengan ini kita dapat memupuk sifat kasih sayang seta mahabbah....

Dalam perjalanan pulang dari tempat sahabat aku 4 perkra ini bermain di dalam minda.ermm sesungguhnya aku telah jauh daripada landasan yang sebenar landasan kepda makrifatullah. kepada kawan-semua aku nk memohon maaf sangat-sangat jika selama ini aku selalu buta hati aku selalu buat semua orang sakit hati serta ada sifat berdengki dengan korang semua.sebab apa semakin lama aku berdengki semakin berdrah luka di dalam hati ini.

Tuesday, March 9, 2010

kucar - kacir

Bila la cuaca yang amat panas ni akan berakhir ha?aku da x tahan mcm ni....hari-hari rasa skit kepala,pegi kelas plak masuk duduk dalam ekon....keluar je kelas panas blik!!!!patut la ramai kawan2 aku yang demam kan,dah macam ada nombor giliran dah budak-budak rumah aku ni....lepas sorang-sorang demam kn...pastu ulang blik orang yang pertama demama tu hahaha
;p termasuk sekali ngn aku lah tu..aku ni memang susah nk demam tapi bila da demam tu memang teruk la.........di sini bukan aku nk salahkan cuaca yang panas sebenarnye,tapi nak ajak kawan-kawan semua cuba renungkan kembali salah siapa sebenarnya bumi kita yang indah jadi macam ni?cuba bayangkan anak cucu kita 30 atai 40 tahun yang akan datang mereka mungkin terpaksa memakai sut ataupun pakaian yang khas untuk melindungi tubuh mereka daripada terbakar dek kerana suhu panas yang melampau-lampau.........bdak-bdak zaman sekarang hidup terlalu mewah semua nak senang kan x reti nk rasa kesusahan...bangun pagi celik mata jer semua dah tersedia di depan mata,mereka lansung x reti nk menghargai apa itu kesusahan,sebab ramai dalam kalangn mereka ni yang x reti nk berjimat cermat.kalau dah buka lampu tu bknnya reti nk ttup blik kan dibiar je terbuka smpai pagi,yang suka men laptop dan desktop tu pun samer jer x reti nk tutup dibiar jer terbuka smpai ke pagi kn...sampah-sampah tu pun samer diorang ni men buang jer ikut jendela asarama tu,bila pagi-pagi aku nk pergi kelas kesian pulak aku tengok kt mak cik-mak cik cleaner yang bertugas tu,terbongkok-bongkok duk mengutip sampah yang budak-budak ni buang lah.yang ni pulak lagi satu hal aku tengok orang zaman sekarang ni selambur jer dok buat pembakaran terbuka ni kan...bahaya tu dahla musim panas kering ni silap2 bley terbkar hutan-hutan macam yang terjadi kt belakang u aku ni nasib bek tidak terbakar blok2 kt belakang tu... ..dimanakah sensitiviti kita terhadap alam sekitar kan.........bila kita sendiri sudah x reti nak menghargai alam ini ,maka secara automatiknya alam ni akan menghukum kita blik.......

selamat bertemu semua

salam......akhirnye ada jugak kesempatan nk bt blog yang baru ni kn.Asyik bertangguh-tanguh jer ntah dah berapa lama dah,aku bt ni pun sebab ada benda nk kongsi ngn kawan-kawan semua...kelmaren aku ni yang x dapat berita kata kelas batal pergilah ke kelas kn...tungu punyer la tunggu kn xdak sapa pun yang muncul...tengok2 klas batal rupernye kot la kan ada orang nk smpaikan kt aku...lalu untuk memujuk hati aku ini :p ,aku bawaklah diriku ku ni ke perpustakaan,mana la tahu ada bahan bacaan yang best kan,so aku pun jalan-jalan la dalam lib tu tiba aku ternampak satu buku ni ,aku pun ambiklah baca.Best buku ni Tajuk dia Pemikiran Tasauf Syeikh Abdul Qadir Jailani.Dah dekat 1 jam aku kt lib tu aku baca buku tu maka terdetiklah di hati aku ni nk kongsi apa yang aku baca masa tu bersama kawan-kawan sekalian.......

sikit jer yang nk dikong si ni....iaitu adab-adab ataupun bagaimana cara yang terbaik untuk kiter bergaul dengan kawan-kawan
1.mengutamakan dan memaafkan mereka ,membantu urusan mereka dan lebih menghulurkan pengabdian yang memungkinkan terhadap mereka

2.menampakkan kesepakatran kepada mereka dalam segala perkataan dan perbuatan mereka,maksudnya adalah perkataan yang benar dan perbuatan yang baqik,yakni mendahulukan mereka dam memaafkan mereka

3.menghindari perbuatan dan persilisihan dengan mereka serta bersikap seakan-akan tidak tahu aib mereka.JIka salah seorang dari mereka menentangnya dalam sesuatu ,terimalah apa yang dikatakannya secara zahir,meskipun kenyatannya bercanggah dengan apa yang katakan,ini juga mengandungi pengertian jika yang ditentang itu adalah perkara-perkara biasa.tetapi jika perkara yang ditentang itu masalah syariat,maka dia harus lah menjelaskan yang benar dengan dalilnyadan tidak menytujuinya atas sebab kebatilan........

4.Hendaklah seseorang itu juga mengelakkan sifat benci-membenci ,hasad dan dengki serta hinaan dan cercaan.

maka itu sajalah yang mahu saya kongsi sikit jer x bnyak pun...tapi saya rasa agak manfaat jika kita sama-sama mempraktikkannya dalam kehidupan seharian kita,semoga hubungan kita sesama rakan-kita semakin teguh.........tanpa ada perasaan iri hati atau dalam erti kata lain tikam belakang hehehehe...........